Mengelakkan saman adalah salah satu cara untuk menjimatkan wang. Untuk melakukannya, anda perlu memahami undang-undang trafik Malaysia. Bukan sahaja anda boleh menjimatkan wang, tetapi juga memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya. Berikut adalah beberapa kesalahan trafik yang mungkin anda tahu atau tidak tahu.
Benda ini memang biasa kita buat, kan? Kadang-kadang nak cepat—ambil duit di ATM, beli burger tepi jalan, atau ambil anak dari sekolah. Tapi, jangan amalkan selalu. Selain mencemarkan udara, anda juga boleh kena saman.
💰 Kompaun: RM250
Hon sangat penting untuk keselamatan jalan raya. Walaupun ramai guna untuk marah pemandu lain, sebenarnya hon berguna untuk memberi amaran kepada pejalan kaki dan pemandu lain tentang bahaya.
Bayangkan ada kereta nak mengundur tapi tak nampak anda, dan satu-satunya cara untuk beri amaran adalah dengan menjerit “Berhenti! Berhenti!”—susah, kan? Kalau hon kereta anda rosak, saman akan menanti.
💰 Kompaun: RM70
Bukan sahaja perlu nyalakan lampu waktu malam, tetapi juga waktu siang. Tujuannya? Supaya pemandu lain boleh nampak anda. Mungkin ada yang rasa tak logik, tetapi ini memang peraturan jalan raya. Kalau ingat masa ambil lesen dulu, ini antara perkara yang wajib diperiksa sebelum menunggang.
💰 Kompaun: RM50
Admin pun pernah buat (oopss). Biasanya kita rasa lorong kanan lambat, jadi lebih cepat kalau potong dari kiri. SALAH! Ini menyalahi undang-undang. Signboard dah tulis “Ikut kiri kecuali memotong”, tapi masih ramai yang berdegil. Jangan nanti menyesal bila kena saman.
💰 Kompaun: RM300
Ini sering terjadi semasa waktu puncak atau kesesakan lalu lintas. Kadang-kadang kita terhenti tanpa sengaja di atas lintasan. Tapi tahukah anda, ini sebenarnya satu kesalahan trafik?
Fungsi zebra crossing adalah untuk keselamatan pejalan kaki. Jadi, lain kali pastikan anda berhenti sebelum garisan.
💰 Kompaun: RM150
Ramai yang lupa atau abaikan penjagaan wiper. Sepatutnya, bilah wiper perlu ditukar setiap enam bulan hingga setahun atau sebaik sahaja mula nampak kabur ketika hujan. Jangan tunggu lama-lama sebab boleh kena saman. Bunyi macam remeh, tapi memang peraturan.
💰 Kompaun: RM100
Lorong khas ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan dan memastikan bas dan teksi tiba tepat waktu. Jika anda memandu atau menunggang di lorong ini, bersedialah untuk disaman.
Namun, ada masa tertentu anda boleh guna lorong ini, jadi sentiasa perhatikan papan tanda seperti “6 pagi – 8 malam” atau “Ahad sahaja” sebelum masuk.
💰 Kompaun: RM100
Ada yang tak kisah kalau meter kelajuan tak berfungsi (admin pun pernah—oopss). Tapi macam mana nak tahu kita bawa laju atau perlahan? Ini bahaya sebab kita mungkin melebihi had laju tanpa sedar.
Kalau ditahan kerana memandu laju atau dengan meter rosak, saman akan menanti.
💰 Kompaun: RM100
Vroom, vroom! Bunyi ekzos kuat memang mengganggu. Sebab itu peredam bunyi diwajibkan untuk mengurangkan bunyi bising daripada enjin. Kalau anda ubah suai ekzos sehingga terlalu kuat, saman menanti.
💰 Kompaun: RM100
“Biar betul? Kenapa tak boleh?” Sebab selipar yang besar boleh tersekat di antara pedal klac, brek, dan minyak, sekali gus menyebabkan kemalangan.
Tapi jangan risau, peraturan ini hanya terpakai kepada pemandu lori atau pemegang lesen GDL (Goods Driving Licence).
💰 Kompaun: RM150
Beli kereta terpakai tapi belum tukar nama? Anda sebenarnya melanggar Seksyen 14 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mengikut undang-undang, hak milik mesti ditukar dalam masa 7 hari selepas pembelian. Jika tidak, anda boleh dikenakan saman.
💰 Kompaun: RM100
Kita semua tahu menggunakan telefon semasa memandu adalah dilarang—termasuk ketika berhenti di lampu isyarat! Malah, pernah ada pegawai JPJ sendiri yang dikenakan saman kerana kesalahan ini. Jadi, jangan ambil mudah.
💰 Kompaun: RM300
Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan bahawa 54% pemandu pernah terlibat dalam kemalangan kerana mengantuk. Ini sangat membimbangkan!
Jika anda letih, berehatlah dahulu sebelum memandu. Jika tidak, ini boleh dianggap memandu secara cuai dan melanggar Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan.
💰 Kompaun: RM300
Siapa yang tak pernah buat ni? Turunkan dan ambil rakan, keluarga, atau penumpang e-hailing di hentian bas. Walaupun ini biasa di Malaysia, peraturan melarang tindakan ini kerana ia menghalang laluan bas. Jika ditangkap, saman akan dikenakan!
💰 Kompaun: RM200
Antara alasan biasa:
❌ Malas beratur panjang
❌ Tiada duit untuk perbaharui insurans
❌ “Tak apa, saya percaya pada nasib”
Jika ditangkap, anda tidak akan dikenakan kompaun—sebaliknya, akan dibawa ke mahkamah. Hakim yang akan menentukan nasib anda.
Kalau anda tergolong dalam kategori ini, cepat-cepat perbaharui cukai jalan dan insurans anda. Dengan iLyF, anda boleh perbaharui cukai jalan dan insurans dalam masa beberapa minit sahaja!
⚠ Tiada Kompaun (Jumpa di Mahkamah!)
Itulah dia! Jadilah pemandu yang berhemah! 🚗💨